Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Petua Seorang Guru

PETUA SEORANG GURU Kalau guru mengajar sambil duduk Murid belajar sambil mengantuk Kalau guru mengajar sambil berlakon Murid belajar dengan tekun Kalau guru mengajar tanpa alat Murid belajar dengan ralat Kalau guru mengajar banyak bercakap Ada murid bertambah gagap Kalau guru menjadi pemudah cara Ramai murid pandai berbicara Kalau guru mengajar tanpa menilai Takkan tahu murid bodoh dan pandai Kalau guru berbudi bahasa Dikenang murid sepanjang masa

Apakah beza Kesatuan dan Persatuan?

Kesatuan didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja -Kesatuan mempunyai hak seperti mengambil tindakan perusahaan, mogok, piket, hak perundingan dengan kerajaan, MENUNTUT GAJI dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik serta menjaga kebajikan ahli. Persatuan pula di daftarkan mengikut Akta persatuan dan Pertubuhan -Hanya merupakan pertubuhan sosial -Tiada hak berunding dengan kerajaan berkaitan dengan gaji dan juga syarat perkhidmatan Di Malaysia, antara Kesatuan yang terkenal adalah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ( KPPK / NUTP).  Sudah kah anda menjadi ahli untuk mana-mana kesatuan? Lagi Mengenai Kesatuan Organisasi yang dibentuk dari , oleh , dan untuk   pekerja   baik di perusahaan maupun di  luar  perusahaan ,  bersifat bebas , terbuka , independen ,  demokratik  d an bertanggungjawab. Memperjuangkan , membela   serta melindungi hak  kepentingan   pekerja s...