Oh Oh

Oh Oh.. lupa akan kewujudan blog ini.

Terlampau sibuk sampai tak update blog ini hampir setahun lamanya. Wahhh....Rugi sangat-sangat. Jadi sempena azam baru saya nak aktifkan balik blog ini...

Untuk makluman, saya telah pindah ke sekolah baru... bermula awal tahun 2012. Sebab perpindahan kerana sekolah saya yang baru ini kekurangan guru. Masa awal-awal perpindahan, rasa amat sedih juga, tetapi dalam hati tetap bersyukur. Sekolah baru merupakan SKM (Sekolah Kurang Murid) dan jauhnya 30km dari   rumah mak abah saya. Jadi, saya tak perlu menyewa lagi.

Sejak berpindah ke sekolah baru, saya tinggal bersama dengan mak ayah dan dua orang anak sedara. Rasa seronok, balik makanan dah siap ... hahahaha, teramik kesempatan lak.

Mula-mula ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri, tetapi sekarang, dah ok. Alah bisa, tegal biasa kan.

Alamak, cuti sekolah pun dah nak mula. Seronok sangat-sangat...


Comments