Pengucapan bebas tahap 1 1. Saya hidup gembira di sini. Di sini, saya bebas bermain bersama kawan-kawan, bebas berlari dan bebas untuk membuat apa sahaja. Tiada dentuman bom seperti kawan-kawan saya di Palestin. Saya sentiasa berasa selamat di sini. Saya tidak pernah merasa takut untuk ke mana-mana. Tiada sekatan untuk saya ke mana-mana. Kata cikgu saya, Puan Maslina, semasa dia di Turkey, untuk masuk ke pusat membeli belah, dia perlu di scan, seperti untuk menaiki kapal terbang. Kenapa perlu begitu? Kata Puan Maslina, itu untuk tujuan keselamatan. Sebab itu, saya gembira dan bersyukur menjadi anak Malaysia. 2. Saya dapat belajar dengan bebas di sini. Saya mempunyai peluang untuk belajar di sekolah yang selesa bersama dengan guru-guru yang berpendidikan ijazah. Kemudian, kata emak dan abah saya, belajar pun percuma. Buku teks diberi pinjam secara percuma, dan kos belajar pun tak tinggi. Peluang saya untuk Berjaya sama seperti rakan saya di seko...
I am a Teacher :) . I share mostly English learning materials.