Susahnya nak minta pelajar buat kerja rumah

Bukan semua, saya tau dan ada sesetengah tak pernah tak buat. Tapi yang peliknya, pelajar yang sama yang tak buat kerja rumah yang diberi.

Kadang-kadang kerja rumah yang diberi bukan susah, hanya perlu menyalin sahaja, tetapi itu pun tidak dibuatnya.

Bukan tidak pernah dimarah, diberi peringatan dan amaran dan hukuman, tetapi yang peliknya pelajar yang sama juga tidak mahu membuat kerja rumah yang diberi. Mengapa agaknya...

Pernah dengar juga ada pelajar yang lebih rela dimarahi, dan dihukum daripada membuat kerja sekolah.

Terfikir saya, dahulu masa saya sekolah, takutnya saya dengan guru hingga akan menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

Kini saya sendiri seorang guru, dan saya cuba letakkan kaki saya di kasut mereka, tetapi minda pelajar sekarang jauh berbeza dengan minda pelajar tahun 1990 an ...

Telah saya beritau, saya tidak kisah salah, tetapi sekurangnya buatlah jadi saya tau yang pelajar tersebut sekurang-kurangnya telah memberikan semangat dalam mempelajari pegajaran yang diajar.

Comments