Kerja sebagai guru

Mudah, kan, sebab hanya perlu cakap sahaja, ... tetapi, ia lebih daripada itu ...

Ada tak kerja yang perlu dibawa ke rumah kerana kelengkapan di tempat kerja tak cukup? Ada, kerja sebagai guru. Perlu guna pencetak sendiri, pen sendiri, dan macam-macam sendiri. Biasanya, tempat kerja akan menyediakan semua itu, tetapi, guru....

Sekolah memang ada, tapi, dalam kerja guru sekarang rasanya perlu ada seorang satu printer, dan mesin fotokopi yang banyak, sebab banyak kerja yang memerlukan pencetak, dan mesin penyalin. Itu tak termasuk mesin pengimbas, mesin laminate... wah ....

Kerja ini memerlukan terlalu banyak pemgorbanan. Saya bukan menyesal, cuma, kagum tengok dengan semangat-semangat guru yang bersungguh menghias kelas menggunakan budget sendiri, dan belum lagi guru yang berkorban itu ini untuk anak murid mereka. Ada kata-kata yang saya baca di internet, ada guru sanggup beria hias kelas, walhal rumah sendiri tak lah secantik itu.

Comments