Saya bangga menjadi anak Malaysia, kerana ...

 Pengucapan bebas tahap 1


1. Saya hidup gembira di sini. Di sini, saya bebas bermain bersama kawan-kawan, bebas berlari dan bebas untuk membuat apa sahaja. Tiada dentuman bom seperti kawan-kawan saya di Palestin.  Saya sentiasa berasa selamat di sini. Saya tidak pernah merasa takut untuk ke mana-mana.  Tiada sekatan untuk saya ke mana-mana. Kata cikgu saya, Puan Maslina, semasa dia di Turkey, untuk masuk ke pusat membeli belah, dia perlu di scan, seperti untuk menaiki kapal terbang. Kenapa perlu begitu? Kata Puan Maslina, itu untuk tujuan keselamatan. Sebab itu, saya gembira dan bersyukur menjadi anak Malaysia. 

 2. Saya dapat belajar dengan bebas di sini. Saya mempunyai peluang untuk belajar di sekolah yang selesa bersama dengan guru-guru yang berpendidikan ijazah. Kemudian, kata emak dan abah saya, belajar pun percuma. Buku teks diberi pinjam secara percuma, dan kos belajar pun tak tinggi. Peluang saya untuk Berjaya sama seperti rakan saya di sekolah di bandar. Yang penting saya belajar bersungguh-sungguh. Saya juga ada peluang menggunakan computer dan internet, dan kemudahan lain seiring dengan kemajuan dunia. Peluang untuk saya belajar dan Berjaya terbuka luas. Tiada sekatan. Sesungguhnya Malaysia ini bumi bertuah dan saya bangga dan bersyukur menjadi anak Malaysia.


3. Saya hidup selesa di sini. Sangat selesa. Saya ada tempat tinggal yang baik dan selesa bersama emak, abah dan adik beradik saya. Abah juga ada kereta yang baik, yang boleh bawa saya dan sekeluarga jalan-jalan. Kami bebas ke mana-mana. Tempat kegemaran saya adalah pantai. Saya suka ke Pantai Tanjung Balau. Masuk situ percuma, dan tempatnya cantik. Saya dapat bermain air dengan kawan dan adik beradik, sungguh menggembirakan. Tiada masalah keselamatan di situ, Cuma, perlu berhati-hati apabila bermain dengan air. Kalau ada apa-apa kejadian, bantuan amat segera datang dari pihak bomba dan ambulans. Bagus sungguh negara saya ini kerana semua kemudahan disediakan dan dapat digunakan dengan mudah dan baik. Murah pula itu. Kata cikgu saya, semua infrastruktur disediakan untuk kemudahan semua.


4. Saya hidup dengan selamat di sini. Sangat selamat. Nak ke mana-mana sangat mudah, dan tiada kawalan keselamatan dan jalan-jalan pun ok. Saya tak pernah dengar ada kes tembak menembak di sekolah seperti di negara luar, dan tiada pula bunyi bom seperti kawan saya di Palestin.

Kata emak, keselamatan ini kita dapat kerana usaha kerajaan kita menjaga keselamatan dan keharmonian negara kita. Maka, kita perlu hargainya. Maksudnya, jangan cari gaduh dan belajar bersungguh, supaya saya pula akan menjaga negara saya. Saya mahu menjadi tentera satu hari nanti, nak jaga keselamatan negara ni.

Saya juga dapat belajar dengan baik di sini. Saya bebas ke sekolah dan gembira berada di sekolah. Saya belajar dan bermain-main dengan kawan sekolah. Kata cikgu saya, tanpa keamanan, saya takkan dapat semua ini. Kerana itu, saya sangat bagga menjadi anak Malaysia. Terima kasih Malaysia.


5. Negara saya cantik dan harmoni. Banyak tempat yang cantik dan menarik di sini. Contoh Desaru. Pantainya putih, airnya biru dan banyak pusat pelancongan di situ. Setiap hujung minggu, ramai sungguh akan datang ke situ.

Kemudian, ada pantai Tanjung Balau dan Tanjung Lompat. Pun cantik….

 Kemudian, semua orang boleh datang ke tempat-tempat itu dengan mudah dan murah. Best sangat. Dapat main di tepi pantai dan mandi laut. Satu pengalaman yang best.

Sesiapa pun boleh pergi dan berseronok di situ. Kata abah saya, kerajaan buat semua tempat tu, untuk penduduk bergembira dan menikmati keindahan alam.

Selain itu, ada banyak tempat lain yang boleh pergi, macam di Melaka, banyak tempat menarik dan seronok untuk dilawati. Begitu juga di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain.

Makanan pula pelbagai dan sangat sedap. Murah pula tu. Sebab tu, ramai penduduk Malaysia, gemuk-gemuk. .. huhuhu …

 Saya suka melancong kerana jauh perjalanan, luas pemandangan. Kerana itu, saya bangga jadi anak Malaysia.

Kata cikgu saya, dia kata, banyak jer tempat menarik di sini, setanding dengan di luar negara. 


*Ini dikarang oleh cikgu untuk pertandingan di sekolah ... Simpan di sini untuk rujukan masa depan*

Comments