Mengenai HLP - pengalaman temuduga

Baru-baru ni, saya telah melalu temuduga untuk hadiah latihan perseketuan, HLP di cyberjaya. Wah, ia satu pengalaman yang hebat dan mencabar minda dan hati...

Ini adalah pengalaman saya.


semasa permohonan hlp tu, pemohon perlu sediakan proposal research - bidang yang mereka nak amik masa ambil hlp tu ... perkara ini amat penting. Pastikan apa yang kalian mohon, memang korang buat kajian betul2, sbb perkara inilah yang akan dihentamnya dan ditanya penemuduga berkali-kali. mereka akan tanya sampai korang tak boleh jawab dan sampai korang rasa 'down ' aka kecewa... memang mencabar saat2 ini. 

contohlah korang nak amik bidang pemulihan, kuarkan satu teori atau kajian korang dan nyatakan dengan kukuh korang punya kajian tu pasal apa. Pastikan anda mahir tentang topik tersebut dan sepanjang interview tu, pertahankan kajian tersebut. 

Saya lak, dikatakan kajian saya tak sesuai dengan permohonan saya. Saya mohon pengembangan kurikulum dan tajuk saya berkaitan bahasa Inggeris dan BEBERAPA kalilah penemuduga kata bidang saya salah mohon. Saya patut mohon pedagogi. Kemudian saya jawab balik, saya kaitkan dengan kuirikulum sebabnya kenepa kurikulum yang sedia ada tak mampu buat pelajar menjawab dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris setelah sebelas tahun belajar. Then mereka kata balik, sepatutnya itu lebih kepada kajian bahasa inggeris dan semua orang tahu, orang luar bandar memang susah nak pelajari bahasa inggeris. then kat sini dah jadi macam proses nak berdebat 
banyak lagilah soalan interviewnya...(tetapi ketika ini, saya rasa down dah...)

Kemudian, pastikan anda ada sumbangan dalam bidang yang anda mohon. Contoh, kalau dalam bidang pemulihan, mereka tanya, ada tak awak buat apa2 artikel atau penulisan dalam bidang anda? Saya tak ada, cuma saya beritau, saya pernah menang tempat ketiga dalam bidang penulisan.. n mereka nak bukti. 
 
- saya Pernah terdengar dan baca, kalau anda ada blog yang aktif, boleh juga dijadikan bahan dan sumbangan anda. ... saya lupa pasal blog ini. Dah terlalu nerves...

Masa jawab lak, kalau boleh sediakan dengan fakta dan peratusan. Dan mereka akan tanya mana awak dapat data tersebut... ohh n pastikan skill komunikasi anda baik. Jangan melenting sebab itulah tujuan mereka, nak buat calon tak boleh bercakap. 
Ada beberapa calon saya jumpa, keluar muka kecewa dan mereka ditanya dan diasak sampai tak boleh menjawab. Saya jenis bercakap n main menjawab, jadi hentam ajerlah. Walau pun temuduga saya tak selama calon lain, 20 ke 30 minit, sbb ada yang lebih 40 minit, tapi saya tak ditanya perkara umum spt nkra lah, ppp lah.. semua berkaitan dengan saya dan kajian saya... ada calon ditanya soalan umum...

peluang untk dapat ?-- entah.. sbb ayat penemuduga... "ini kali pertama awak mohon, kan? kalau awak tak dapat, saya kata kalau, mohon lagi, 

syarat2 perohonan ... cgpa mesti 3 keatas utk pemohon lima tahun ke bawah yg baru berkhidmat, tapi kalau cgpa bwh 3, kene lima tahun berkhidmat, tapi apa2 pun try jer, then, markah prestasi kene 85% ke atas utk tiga tahun berturut...

Ok, ini sahaja, harap membantu utk cgu2 yang nak mohon. Selamat berjaya...

Comments

Post a Comment